Majlis Aidilfitri 2009 - Part 1

Keluarga Mak Ngah. Lengkap & perfect (walaupun A.Sudin & Nyai tak ikut tema majlis..dimaafkan sebab anda hadir)

Dari kiri : Poksu, Moksu, Mokde & Pokde. Masa ni Pokde ok lagi, blum keluaq ayaq mata, tapi bila speech je..jeng..jeng..jeng.. Apa la Pokde..kata jiwa dangdut, tapi mcm biskut kena air la..lembik je..hehe..jgn marah ye Pokde...

Inilah dia famili yg paling happening sekali, famili Pak Jang & Pak Jak. Pak Jang tengah menggayakan sifat 70 & 80an nya..YAM SENG..Satu aktiviti lampau Pak Jang...tangan gigil beb.. tapi tu dulu, skrg Pak Jang dah maju & akan menerima 'menantu' tak lama lagi (mana tau nih..). Mak Jang still young & maintain je...Pak Jak & Mak Jak plak, mmg patut menang Pakaian Sedondon..Sopan & Berhemah lagi...Jaga status sbg ADUN Tmn Sea Biew katanya...anyway Thanks to Pak Jak & Mak Jak, bagi kek lapis Sarawak..Sodap.....

THE 'KELAKO' CLUB

Posting kali ni adalah Majlis Aidilfitri 2009 The 'Kelako' Club yang berlangsung di Hotel Pelangi, Muo. Kelab ni telah ditubuhkan pada tahun 2004 & dah berusia 5 tahun (cuma blum register je lagi).

Dari kiri : En. Ezad, Ir. Mazid, Tasya, Cikgu Enon, Cikgu Faiz & Balkish (nampak kepala je)
(Yg tidak dapat di'interframe' : Radzi, Hylda, Naufal & Haddy)

Aidilfitri 2009

Salam kepada semua warga Mat2u. Maaflah jika dah lama tak meng'update' blog, maklumlah musim raya...Posting kali ni hanya sempat dirakamkan sekitar 1 & 2 Syawal....

Cikgu Enon @ Logo Maker Winner sedang meng'tapau' hidangan Hari Raya untuk dibawa berkunjung ke Parit Ulu.

Aktiviti wajib 1 Syawal, menziarah pusara Abah tercinta, Allahyarham Mazlan Mohamed. Dah 3 tahun kami beraya tanpa Abah. Al-Fatihah....

Di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 Hjh. Ramlah Hassan di Hotel Pelangi, Muo...

Maaf sekali lagi dari kami sekeluarga..kepada Pak Jak sekeluarga, terima kasih kerana dapat menunaikan impian Atok untuk beraya bersama. Pada Pak Al, tahniah kerana dapat juga 'publish' blog yang dah lama tersimpan kat kedai Ate..Tak lupa jugak pada semua warga kerja Mat2u Committee.....Salam.....

Maafkan Saya...

Salam pada semua sanak-saudara, pakcik2 & makcik2. Saya selaku tuan punya blog dan mewakili famili Maklong ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, kiranya kami ada melakukan kesilapan samada sedar @ tidak kepada semua sanak-saudara warga Mat Tuyu. Rasanya dah seminggu saya tak update blog ini, bukan apa, saya amattttt sibuk dengan bermacam tugasan. Selain tugasan sebagai kontraktor, saya dan isteri jugak (Cikgu Enon) sibuk menguruskan 3 rumah membuat persiapan Aidilfitri (rumah kami, rumah mak bakri & rumah mak pt. ulu). Biasalah kami ni menantu kesayangan untuk kedua2 belah ibubapa kami..hehe.. Disini juga saya mengucapkan jutaan yang teramat sangat kepada Atok (Hjh Ramlah Hassan) kerana menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 (1430H), di Hotel Pelangi, Muar. Majlis ini juga bakal menjadi sejarah kepada semua warga Mat Tuyu. Sekian sahaja untuk kali ini...wassalam..

SUMBANGAN IKHLAS

Assalammualaikum..wbt kepada semua warga Mat2u. Hari ni dah 19 Ramadhan bermakna Aidilfitri bakal menjelang tiba. Dikesempatan ini kami dari keluarga Ayah/Maklong mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin. Untuk pengetahuan semua warga Mat2u, baru2 ini Mak @ Maklong ada menerima sumbangan Aidilfitri dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor (dulu Jabatan Haiwan) kepada balu2 bekas anggota JPVJ. Dikesempatan ini juga, kami sekeluarga ingin merakam terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar khasnya dan JPVJ amnya diatas kesudian mengundang Mak @ Maklong ke majlis itu yang diadakan di Hotel Selesa, J.Bahru. Mak @ Maklong tak dapat menghadiri disebabkan Pajero JPVDM yang akan bawak Mak @ Maklong ke majlis itu rosak. Apabila dapat panggillan telefon dari JPVM menyatakan undangan majlis itu, kami anak-beranak terkenangkan kisah Abah @ Ayahlong yang mana Abah @ Ayahlong amat disenangi oleh rakan2 beliau, sehinggakan JPVJ memberi sumbangan Aidilfitri kepada Mak @ Maklong diatas jasa2 Abah @ Ayahlong kepda Jabatan agaknya. Abah @ Ayahlong sekolah pun tak tinggi (tapi English A Class), tapi berkat usaha, dia dapat hafal nama2 ubat binatang dan tahu dos @ sukatan ubat. Bukan senang tu..tapi Abah @ Ayahlong boleh buat. Kalau sekarang, untuk menjadi macam Abah @ Ayahlong mesti ada Deg./Dip.In Veterinar (UPM). Dah 2 tahun Abah @ Ayahlong meninggalkan kami anak-beranak. Terlalu banyak kenangan bersamamu... AL-FATIHAH UNTUK ABAH.....

Posting gambo sumbangan Aidilfitri 2009 JPVJ. Beras, gula, susu, Milo dll.

MAJLIS BERBUKA PUASA DI RUMAH Ir. MAZID & CIKGU ENON

Posting kali ni adalah majlis berbuka puasa di rumah Ir. Mazid & Cikgu Enon di Taman Sri Jeram, Muar. Majlis ini dianjurkan bagi melengkapkan giliran rumah majlis berbuka puasa. Rumah mak sudah, rumah along sudah, rumah ajib pun sudah dan yang belum menganjurkan lagi adalah rumah angah. Majlis ni berlangsung pada 4 Sept 2009 bersamaan dgn 14 Ramadhan 1430. Semua famili ayahlong ada kecuali angah, abg ngah & afiq.

Balik je dari sekolah, Cikgu Enon @ Chef terus memulakan aktiviti memasaknya. Kelihatan ikan siakap sedang diangkat dari kuali.

Mak datang membantu dari segi persiapan santapan untuk pencuci mulut, kali ni giliran puding menjadi hidangan. Mak memang suka buat puding & menjadi makanan kegemaran arwah abah.

Krew2 diimport khas dari Pontian, sebagai penyedia hidangan. Kelihatan 'small bro' tersenyum & menjadi tanda tanya sama ada puasa @ tak...

Antara hidangan santapan ; siakap masak 3 rasa, tomyam campur, sayur campur, perut lembu+udang masak lemak, sambal belacan & ikan pekasam. Air minuman teh 'o' laici ais. Pencuci mulut puding & dadih (diimport dari Pontian).

Masa berbuka sampai.....

'Small bro' tengah menikmati hidangan.

Cikgu Enon @ Chef sedang melayani kerenah perut yang keroncong. Darling, u masak memang best...sedap sangat...

Sekian saja posting kali ini. Kita tunggu pulak giliran rumah angah (bila la agaknya?)

KAMI 4 BERADIK (anak2 yatim)

Posting kali ni gambo 4 beradik yang dah 2 tahun jadik anak2 yatim. Kiri & kanan tu dah tua, dah lanjut usia, anak2 pun dah beso & dah boleh kawin. Yang berjanggut tu, muda tapi kelihatan berumur sedikit. Yang berkain pelikat tu je yang still young, tak makan usia (bole tengok pada raut wajahnye). Kami adik beradik mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidifitri' pada semua warga Mat2u.

TANDA SOKONGAN KAMI

Posting kali ni adalah tanda sokongan kami terhadap penubuhan Persatuan Keluarga Mat Tuyu..posting isi borang...

Kelihatan abg ngah latiff tengah isi borang untuk famili dia...memang kami anak beranak menyokong penuh penubuhan Persatuan Keluarga Mat Tuyu...

Tidak ketinggallan jugak along @ kak lin @ dak lin tengah isi borang Persatuan Keluarga Mat Tuyu..dia isi untuk famili dia, wan & mak @ maklong..

MAJLIS BERBUKA PUASA DI PONTIAN

Pada hari ni (31/8/09 @ 10 Ramadhan), kami anak beranak berkumpul kat Pontian rumah along @ kak lin @ dak lin untuk berbuka puasa..Telah menjadi satu tradisi dalam keluarga ayahlong mesti ada majlis berbuka puasa kat Pontian (kampung mak). Lagipun kami hantar anak angah @ kak nah @ dak nah, si budak afiq masuk asrama sekolah teknik Pontian..Cuti dah abis la...memang best...Seronok sangat..Dikesempatan ini juga kami anak beranak menziarahi pusara arwah atuk & nenek (belah mak) kat Kg Telok Kerang..

Suasana masa hampir waktu berbuka. Waktu berbuka daerah Pontian hari ni 7.12mlm...semua tengah get-ready nak dapat pahala puasa..buka tepat pada waktu...hehe..Masa makan-makan tak sempat nak ambik gambo, Mr. Ir tengah memboko nasi....sedap wo....

Antara hidangan berbuka..kuih cakoi, ayam masak ketumbo jintan, tetel masak asam pedas, roti jala & kari ayam, paru bako, roti john, ketupat, serunding & air asam boi...Semua ni along @ kak lin @ dak lin yang masak..hanya sebahagian je kami beli kat paso ramadhan Pontian..mmg best bila sesekali kumpul anak beranak...

Mak @ Mak Long bersama cucu-cucunya..Suasana sebelum berbuka puasa...

Kami 1 famili..baru sampai dari Muo..letih wo....

Ok, sampai sini dulu..nanti kami posting lagi aktiviti famili ayahlong...babai...

    TUAN TANAH

    My photo
    Pemilik rasmi blog & wakil utama kepada keluarga Allahyarham Mazlan Mohamed & Manisah Sadikin, dan pemilik syarikat Warisan M&M Entp. Sekian..

    PENGUNJUNG SETIA

    LAWATAN YB.....