Sekadar renungan....

Baru2 ini, dunia digemparkan dengan Influenza A @ H1N1 @ Selsema babi. Di Malaysia pun dah ada yang mengidap penyakit tu... Akan tetapi menjadi persoalannya, kenapa di Malaysia banyak di UiTM...? Asyik UiTM je yang tutup, suruh student balik....So, kesimpulannya lihatlah apa yang berlaku pada segelintir warga Mat2u yg pernah study di ITM @ UiTM ;

1) Abg Apis - Rambut makin gugur, tak tumbuh balik...
2) Abg Ajim - Mudah merapu, ckp pun sepatah haram tak paham...
3) Abg Awang - Semput yang kronik, tak dapat payment terus rebah.. &
4) Muhid - Mudah hilang semangat, kayuh basikal kejap aje (konon nak kurus,tapi basikal yg kurus)

Oleh yang demikian, memang penyakit ni dah lama menular di ITM @ UiTM...

Apa2 pun kepada ;
1) Ijam (UPM)
2) Nyai (UIAM)
3) Ipin (UM)
4) Mazid (UTM)

ALLAH Selamatkan Kamu..........

Peringatan.....

Ya rabba na, ya rabba na, ya rabba na..
Wan sur lana, wan sur lana..
Sultan lana, Sultan lana Iskandar Johor.....

Kalau berjalan di waktu senja...,
Cepat la cepat hari nak ribut...,
Makanan banyak diatas meja..,
Sila beratur jangan berebut....


Ikhlas dari ;

Ir. MAZID MAZLAN
AJK Makanan
Majlis Bulan Ogos 2009

Mesti Tonton.....

video

Cucu2 Mat Tuyu

Gambo ni pun jumpa kat rumah mak long. Kalau tak silap gambo dirakam semasa hari pertunangan Kak Lin @ Along Mazlan. Berdiri : Ipin, Mazwin & Mashitah Cangkung : Sara & Hajar.. Dalam gambar ni semua cucu2 mat tuyu pegang belon. Yang sebenarnya bukan belon tapi 'stokin kecik' (tak paham takpe)..Agaknya dulu kak lin @ along keje kat Takaso Muo....

Gambo jumpa......

Selak punya selak terjumpa pulak gambo ni kat rumah mak long...Kalau tak silap gambar tahun 1987, majlis khatam quran Latip pak cik. Yang dalam red circle tu, tak tau la sape yang punya, atok abah @ .... masa ni semua kecik lagi, tengok la Abg Awang, macam bangla...Muhid pulak macam Aizat..Nyai pun kurus lagi & ada rambut. Yang paling best si Acuk, punya la bergaya macam dia pulak yang khatam quran...biasa la Acuk kan....sampai sekarang pandai bergaya......Gambar ni jugak gambar terakhir yang dirakam bersama arwah Aeman (anak Long Patim cucu Tok Cu)...Al-Fatihah.....

Pengerusi AJK Majlis Ahmad Ismail

Ini dia Pengerusi AJK majlis pak ngah.....daripada kecik dah pandai mintak sponsor...Piala yg dia pegang tu simbolik je...

Just nak inform je....

Ini anak sulung kepada Suzana @ Maznah Mazlan & Mohammad Latiff Jalil. Nama dia Mohammad Afiq. Semalam (13/07/09), dia telah dimasukkan dalam Wad Hospital Besar Pontian, kerana sesak nafas. Hari ni baru discharge dari hospital. Blood Pressure dia tinggi, doktor suspek dia sakit darah tinggi. Yang jadik kesiannya, dia bakal menghadapi peksa SPM hujung tahun ni....Masalah2, dapat MC tapi kena baca buku. Nak buat macam mana, dah nasib.......

WARISAN M&M ENTERPRISE

Sijil Taraf Bumiputera (PKK)

Sijil PKK

Untuk pengetahuan semua ahli keluarga Mat Tuyu, sama ada di dlm @ luar Malaysia, saya telah berjaya mendaftarkan diri sebagai kontraktor kerja-kerja awam & elektrikal berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) & Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kelas D & G3. Kepada sesiapa yang ingin menggunakan lesen saya, hubungi saya di 016-263 0891 (24hrs)...Sekian, terima kasih...

PUSARA ABAH KAMI

Untuk pengetahuan semua sedara mara, pusara abah telah dibina 'kepok' bertujuan memudahkan kaum keluarga Mat Tuyu menziarahinya. Batu sungai @ 'hardcore' (in civil eng.) itu di sumbangkan oleh Pak Usu (Abd. Ghaffar Mohammed) semasa hari pengkebumian abah kami.... (al-fatihah).....

PERKAHWINAN ANAK - ANAK MAZLAN MAT TUYU

Persandingan anak pertama Mazlena Mazlan & Ahmad Aspar Samardee
di Kompleks Penghulu Mukim Bakri, Muo..
(Tahun 1988)

Persandingan anak kedua Suzana @ Maznah Mazlan & Mohammad Latiff Jalil
juga di Kompleks Penghulu Mukim Bakri, Muo..
(Tahun 1991)

Persandingan anak ketiga Mazid Mazlan & Norlida Musa
Tapi gambo ni sanding kat Parit Ulu, Muo..
(Tahun 2004)

For PLUS Bhd. S2, PGH T/P

Warga PLUS, ini gambar TC anda....masa ni sekolah lagi ni.....

Gambar Anak Cina

Ini gambar kakak ku yang ke-2, Suzana @ Maznah Mazlan. Masa ni gigi dia rongak (kata mak). Gambar ni jugak telah dibawa balik ke India untuk tatapan 1 keluarga angkat kami...(masa tu abah duk kat Pontian, Barek Tombot).......So, kepada warga PLUS Berhad, S2...tengoklah gambar TC anda ini...he..he..he..

    TUAN TANAH

    My photo
    Pemilik rasmi blog & wakil utama kepada keluarga Allahyarham Mazlan Mohamed & Manisah Sadikin, dan pemilik syarikat Warisan M&M Entp. Sekian..

    PENGUNJUNG SETIA

    LAWATAN YB.....