Hepi Birthday To 'Small Bro'

Lebih kurang jam 5.45 pagi hari Khamis, 3 Oktober 1985, lahirlah putera terakhir dalam famili kami. Masa tu ribut taufan cuacanya, dan yang menanti kehadiran anak ini adalah Atok Mak (Allahyarhammah Zainah Ahad) & Atok Abah (Allahyarham Mohamed Hamzah). Disambut oleh bidan kampung yang terkenal di Bakri, Hjh. Habsah @ Mak Ngah Besah. Kami sekeluarga cukup bersyukur ke hadrat Allah kerana kelahiran putera ini. Tanpa ada kesilapan Abah terus bagi nama MAZWAN, untuk melengkapkan trio 'M' dalam keluarga kami. Sekianlah saja serba ringkas tentang putera ini.

Semasa berumur 1 @ 2 bulan.

Dah pandai bergaya, umur 6 tahun. Masa ni nakal yang amat. Tapi nakal manja katanya..Cewah..

21 tahun, simpan rambut panjang, untuk pertama kalinya.

Sekarang...24 tahun dah beb....

Anyway, dikesempatan ini jugak, Mak, Along, Angah, Abang Long, Abang Ngah, Abang, Kak Enon, Afiq, Am, Alip & Aiman ingin mengucapkan Hepi Birthday yang ke-24 tahun untuk Ucu...Semoga sihat walafiat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, rajin kerja, potong rambut & jadilah INSAN YANG BERGUNA (ni Mak yang pesan)....Bila nak open table kat Sabak Awor???? Hehehe....
0 Responses

    TUAN TANAH

    My photo
    Pemilik rasmi blog & wakil utama kepada keluarga Allahyarham Mazlan Mohamed & Manisah Sadikin, dan pemilik syarikat Warisan M&M Entp. Sekian..

    PENGUNJUNG SETIA

    LAWATAN YB.....