SUMBANGAN IKHLAS

Assalammualaikum..wbt kepada semua warga Mat2u. Hari ni dah 19 Ramadhan bermakna Aidilfitri bakal menjelang tiba. Dikesempatan ini kami dari keluarga Ayah/Maklong mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin. Untuk pengetahuan semua warga Mat2u, baru2 ini Mak @ Maklong ada menerima sumbangan Aidilfitri dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor (dulu Jabatan Haiwan) kepada balu2 bekas anggota JPVJ. Dikesempatan ini juga, kami sekeluarga ingin merakam terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar khasnya dan JPVJ amnya diatas kesudian mengundang Mak @ Maklong ke majlis itu yang diadakan di Hotel Selesa, J.Bahru. Mak @ Maklong tak dapat menghadiri disebabkan Pajero JPVDM yang akan bawak Mak @ Maklong ke majlis itu rosak. Apabila dapat panggillan telefon dari JPVM menyatakan undangan majlis itu, kami anak-beranak terkenangkan kisah Abah @ Ayahlong yang mana Abah @ Ayahlong amat disenangi oleh rakan2 beliau, sehinggakan JPVJ memberi sumbangan Aidilfitri kepada Mak @ Maklong diatas jasa2 Abah @ Ayahlong kepda Jabatan agaknya. Abah @ Ayahlong sekolah pun tak tinggi (tapi English A Class), tapi berkat usaha, dia dapat hafal nama2 ubat binatang dan tahu dos @ sukatan ubat. Bukan senang tu..tapi Abah @ Ayahlong boleh buat. Kalau sekarang, untuk menjadi macam Abah @ Ayahlong mesti ada Deg./Dip.In Veterinar (UPM). Dah 2 tahun Abah @ Ayahlong meninggalkan kami anak-beranak. Terlalu banyak kenangan bersamamu... AL-FATIHAH UNTUK ABAH.....

Posting gambo sumbangan Aidilfitri 2009 JPVJ. Beras, gula, susu, Milo dll.
0 Responses

    TUAN TANAH

    My photo
    Pemilik rasmi blog & wakil utama kepada keluarga Allahyarham Mazlan Mohamed & Manisah Sadikin, dan pemilik syarikat Warisan M&M Entp. Sekian..

    PENGUNJUNG SETIA

    LAWATAN YB.....