MAJLIS BERBUKA PUASA DI RUMAH Ir. MAZID & CIKGU ENON

Posting kali ni adalah majlis berbuka puasa di rumah Ir. Mazid & Cikgu Enon di Taman Sri Jeram, Muar. Majlis ini dianjurkan bagi melengkapkan giliran rumah majlis berbuka puasa. Rumah mak sudah, rumah along sudah, rumah ajib pun sudah dan yang belum menganjurkan lagi adalah rumah angah. Majlis ni berlangsung pada 4 Sept 2009 bersamaan dgn 14 Ramadhan 1430. Semua famili ayahlong ada kecuali angah, abg ngah & afiq.

Balik je dari sekolah, Cikgu Enon @ Chef terus memulakan aktiviti memasaknya. Kelihatan ikan siakap sedang diangkat dari kuali.

Mak datang membantu dari segi persiapan santapan untuk pencuci mulut, kali ni giliran puding menjadi hidangan. Mak memang suka buat puding & menjadi makanan kegemaran arwah abah.

Krew2 diimport khas dari Pontian, sebagai penyedia hidangan. Kelihatan 'small bro' tersenyum & menjadi tanda tanya sama ada puasa @ tak...

Antara hidangan santapan ; siakap masak 3 rasa, tomyam campur, sayur campur, perut lembu+udang masak lemak, sambal belacan & ikan pekasam. Air minuman teh 'o' laici ais. Pencuci mulut puding & dadih (diimport dari Pontian).

Masa berbuka sampai.....

'Small bro' tengah menikmati hidangan.

Cikgu Enon @ Chef sedang melayani kerenah perut yang keroncong. Darling, u masak memang best...sedap sangat...

Sekian saja posting kali ini. Kita tunggu pulak giliran rumah angah (bila la agaknya?)
0 Responses

    TUAN TANAH

    My photo
    Pemilik rasmi blog & wakil utama kepada keluarga Allahyarham Mazlan Mohamed & Manisah Sadikin, dan pemilik syarikat Warisan M&M Entp. Sekian..

    PENGUNJUNG SETIA

    LAWATAN YB.....