Maafkan Saya...

Salam pada semua sanak-saudara, pakcik2 & makcik2. Saya selaku tuan punya blog dan mewakili famili Maklong ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, kiranya kami ada melakukan kesilapan samada sedar @ tidak kepada semua sanak-saudara warga Mat Tuyu. Rasanya dah seminggu saya tak update blog ini, bukan apa, saya amattttt sibuk dengan bermacam tugasan. Selain tugasan sebagai kontraktor, saya dan isteri jugak (Cikgu Enon) sibuk menguruskan 3 rumah membuat persiapan Aidilfitri (rumah kami, rumah mak bakri & rumah mak pt. ulu). Biasalah kami ni menantu kesayangan untuk kedua2 belah ibubapa kami..hehe.. Disini juga saya mengucapkan jutaan yang teramat sangat kepada Atok (Hjh Ramlah Hassan) kerana menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 (1430H), di Hotel Pelangi, Muar. Majlis ini juga bakal menjadi sejarah kepada semua warga Mat Tuyu. Sekian sahaja untuk kali ini...wassalam..
0 Responses

    TUAN TANAH

    My photo
    Pemilik rasmi blog & wakil utama kepada keluarga Allahyarham Mazlan Mohamed & Manisah Sadikin, dan pemilik syarikat Warisan M&M Entp. Sekian..

    PENGUNJUNG SETIA

    LAWATAN YB.....