I'm Sori !!! & Selamat Menunaikan Fardhu Haji....

Salam kepada semua warga Mat2u. Harap maaf jika tak update blog kesayanganku ini. Dikesempatan ini juga, saya mewakili keluarga MakLong mengucapkan tahniah kepada PakCik Matar, MakCik Zizah, MakUnggal (Siti Maheran) & Mak Kak Ai (Abg Awang) diatas pemergian mereka ke Kota Mekah untuk menunaikan Fardhu Haji & menjadi tetamu Allah SWT. Semoga mendapat Haji yang mabrur...Insya-Allah...

Bakal bergelar Tuan Haji Matar Hj Mohamed & Puan Hajjah Azizah Mohamad.

Bakal bergelar Puan Hajjah Siti Maheran Hj. Mohamed.

Maaf, gambar Mak Kak Ai tiada stok.....

Bye....



Dilema Seorang Cikgu - Part II

Bacalah...

p/s : bukan dari SK Ayer Hitam Bt 18, Muar. Harap maklum........

Dilema Seorang Cikgu.....

Salam...entry kali ni nak ceritakan masalah2 yg berlaku dalam profesion perguruan. Kadangkala kesian temgok cikgu2 ni bila dapat jawapan dari murid seperti dibawah :-

So, pada semua warga Mat2u, hargailah guru2 kita. Tanpa mereka, sekarang ni tak taulah kita kat mana la ni.....

Giliran Sape Lepas Ni..??


Salam pada semua warga Mat2u. Dah lama beno tak update blog. Bizi, demam dll. Kali ni nak bercerita tentang jodoh warga Mat2u 2nd generation.

Mashitah - Telah bernikah pada 4.10.2009
|
|
|
|
\/

Nurr Asheena - Dah dirisik orang dan akan bertunang pada Disember 2009. Jodoh pun dengan org Muo jugak...
|
|
|
|
\/

Sarah - Ni cuma dengo cite je dari Poksu..Kemungkinan beso jodoh org Selangor..Jgn lambat2, ada jodoh, cukup duit jalan terus..abis cite...

|
|
|
|
\/

Ebab - Rasa2nya dah ada boyfren kot...Cuma blum dapat green light je..Tunggu....

|
|
|
|
\/

Kak Ida - Penaung Dagorgeous & Mat2u Committee. Confirm lepas semua yang kat atas tu kawin, kak ida kata dia pun kawin jugak akhirnya...

Sori ye pada semua sepupuku. Ini hanya gurauan sahaja. SIANNNNN ****

The OPEN HOUSE - Part 2 (Rumah Ir. & Cikgu)

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2009
Ir. Mazid & Cikgu Enon
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua jemputan yang hadir di majlis kami. Disini kami juga memohon ampun dan maaf sekiranya hidangan yang kami sediakan tidak menyelerakan dan tidak menepati citarasa anda semua.
Sejunjung kasih kami kepada ;
Tn. Hj. Musa & Hjh. Hamidah (The Caterer)
Pn. Manisah (Puding Maker)
Abg.Ngah & Angah (Kendarat)
Small Bro Wan (Tukang gi kedai)
Along Liza famili (Tukang Kemas)
Kak Zila (Dadih Maker)
Kak Rozi (Basuh Pinggan Team)
Menu kami : Nasik Bukhari (Jawa Version), Kuzi Kambing, Ayam Black Pepper, Acar Nenas, Puding Dadih & Manggo Juice.
Kepada warga Mat2u & rakan2 yg tak dapat hadir, insyaallah tahun depan kami adakan lagi Open House Aidilfitri...

Sebelum kedatangan para jemputan. Tema biru air laut...

Jiran tetangga yg hadir...1Malaysia maaaa.....

AlongLiza Famili...Enon punya akak sulong. TQVM sebab tolong kemas sampai habis majlis....

The Gossip2 Gurlz...'dikepalai' oleh MokDe...Dak Aishah pun ada gossip gak..yg lain jgn ckp la.....
The KELAKO Club...Bln ni je dah pegi lebih 10 buah rumah Open House...
Tuan Nyai, Cif Insp. Roslan, Boy Danz & The Vogue LongGayah tgh Q ambik makanan....

Warga Mat2u 1st, 2nd & 3rd generation....meriah betul....

Staf Warisan M&M Entp....

Famili A.Acit & MakTon...Guest yg last sekali sampai...apa nak buat ada keje kata A.Acit....

The OPEN HOUSE - Part 1 (Rumah Angah)

2 petugas profesional menyiapkan juadah. Cikgu Enon & small bro wan. Menu kali ni, ketupat, lodeh, soto, sambal udang & mcm2 lagi......

Anak angkat mak, Yusrol & Imah dari KL, sanggup turun Muo....cayalah bro..tabik springggg....

Di meja makan, Pokde mkn mcm tak ingat ada penyakit je...jgn marah....kenyataan tu...

Suasana dirumah Angah (KakNah)

Atok turut memeriahkan majlis..Sporting abis wa ckp lu.....Makcik kelihatan berseri2 pasal dah lepaskan job beso (kahwinkan anak)...hehe

The Vogue Auntie dgn aksi mkn2..katanya pastikan gambo yg nak masuk blog mesti nampak 10 tahun lebih muda....Man & Boy Danz tersenyum tengok gelagat Longgayah......

Blogmaster & wife turut hadir memeriahkan majlis...bila la agaknya mereka nak buat Open House plak?..hehe...

Pokde nyanyi lagu Kenanganku, La Obe, Hidup Bersama & mcm lg...sampai gaduh ngan Mokde tak nak balik...nak nyanyi lg.....Hidup Pokde....

Pakcik pulak nyanyi lagu Hati Yg Terluka..tapi kali ni takde nangis2...cuma sedikit sebak je....Cayalah Pakcik....

Terima kasih kepada semua jemputan yang hadir, terutama pada semua warga Mat2u...Berjumpa di tahun hadapan..Insyaallah....
DARIPADA;
Mohammad Latiff Sekeluarga

RUMAH TERBUKA (SIANNNN ****) AIDILFITRI 2009

Salam..kepada semua warga Mat2u...
Mohon kemaafan kepada seluruh warga Mat2u, diatas ketidak'update' blog kami ini. Untuk pengetahuan semua, pihak kami tidak mempunyai 1 snap pun gambo masa Mashitah kawin...Bizi yang amat....maaf sekali lagi..SIANNNNN ****.......

Ok la, berbalik pada tajuk posting kali ni, saya sebagai tuan rumah, ingin menjemput seluruh warga Mat2u, rakan2, sahabat-handai, sub-kontraktor (Warisan M&M), supplier, cikgu2 (SK Ayer Hitam Bt 18) ke ;

MAJLIS RUMAH TERBUKA
Aidifitri 2009

Ir. MAZID MAZLAN

&

NORLIDA MUSA (Cikgu Enon)


Dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT, kami menjemput

Tuan/Puan/Encik...............................................................................

ke
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIFITRI 2009 di :

Tempat :
No. 70, Jalan Seri Jeram 4,
Taman Seri Jeram,
84000 Muar, Johor.

Tarikh :
Khamis 15/10/09 (26 Syawal 1430)

Masa :
8.00 - 11.00 malam

Semoga dengan kehadiran tuan & puan dapat memeriahkan lagi majlis kami.

Sekian, terima kasih.



Pelan ke rumah kami (Sila klik pada gambar)

Hepi Birthday To 'Small Bro'

Lebih kurang jam 5.45 pagi hari Khamis, 3 Oktober 1985, lahirlah putera terakhir dalam famili kami. Masa tu ribut taufan cuacanya, dan yang menanti kehadiran anak ini adalah Atok Mak (Allahyarhammah Zainah Ahad) & Atok Abah (Allahyarham Mohamed Hamzah). Disambut oleh bidan kampung yang terkenal di Bakri, Hjh. Habsah @ Mak Ngah Besah. Kami sekeluarga cukup bersyukur ke hadrat Allah kerana kelahiran putera ini. Tanpa ada kesilapan Abah terus bagi nama MAZWAN, untuk melengkapkan trio 'M' dalam keluarga kami. Sekianlah saja serba ringkas tentang putera ini.

Semasa berumur 1 @ 2 bulan.

Dah pandai bergaya, umur 6 tahun. Masa ni nakal yang amat. Tapi nakal manja katanya..Cewah..

21 tahun, simpan rambut panjang, untuk pertama kalinya.

Sekarang...24 tahun dah beb....

Anyway, dikesempatan ini jugak, Mak, Along, Angah, Abang Long, Abang Ngah, Abang, Kak Enon, Afiq, Am, Alip & Aiman ingin mengucapkan Hepi Birthday yang ke-24 tahun untuk Ucu...Semoga sihat walafiat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, rajin kerja, potong rambut & jadilah INSAN YANG BERGUNA (ni Mak yang pesan)....Bila nak open table kat Sabak Awor???? Hehehe....

Majlis Aidilfitri 2009 - Part 2


Posting terakhir untuk Majlis Rumah Terbuka 2009 Hjh Ramlah Hassan di Hotel Pelangi, Muo. Pada yang tidak ada dalam posting ni, diharap jgn kecil hati, sebab kamera habis filem..Jgn marah aaa...Wassalam....

Di meja VVIP..kaum vateran aje yang dapat duk kat sini. Penat suruh tengok kamera..tapi mereka tetap syok dengo LongGayah story-mory....

Famili Pokde. Yus tunjuk good tu sbg tanda yg dia menang beso dlm arena 3,4,5. Hj. Aza mcm biasa tgh plan nak tambah baby agaknya. Kali ni mesti dpt baby girl tau....anyway korang memang best....

Famili MakTon & A.Acit. Ni jemputan khas tau, atok yg jemput mereka. Walaupun lari dari tema Majlis, mereka tetap support Mattuyu Famili...Cayalah....

Gambo ala2 18SX. Mana pegi tah anak2 mereka...Man tetap kontrol diapit manja oleh K.Noli yg dah sebulan 'puasa' jadik mereka bercerita tentang 'raya'. K.Aspa pulak jadik tukang gelak pasal dia skrg hari2 'raya' dgn Muhid, sejak dah x join lagi AMBANK. hehehe..jgn marah aaaaa....

Mintak maap ckp la..nak kata budak..dah tua..CEO Bagusto ni selalu lari dari tema Majlis. Ada ke pakai mcm sambut Krismas. Apa pun dpt dimaapkan, sebab dapat hadir. Kak Ai senyum je...ada makna tu...Bro Alim mcm dah kurus je, semenjak kayuh basikal ni..ke basikal dah bagi Mak Unggal? Cite skit nak tau perkembangan basikal anda..Tidak ketinggalan Misi K.Ula, yg ada 3 dara pinggitan..still young je..ada pakai apa2 ke???

Majlis Aidilfitri 2009 - Part 1

Keluarga Mak Ngah. Lengkap & perfect (walaupun A.Sudin & Nyai tak ikut tema majlis..dimaafkan sebab anda hadir)

Dari kiri : Poksu, Moksu, Mokde & Pokde. Masa ni Pokde ok lagi, blum keluaq ayaq mata, tapi bila speech je..jeng..jeng..jeng.. Apa la Pokde..kata jiwa dangdut, tapi mcm biskut kena air la..lembik je..hehe..jgn marah ye Pokde...

Inilah dia famili yg paling happening sekali, famili Pak Jang & Pak Jak. Pak Jang tengah menggayakan sifat 70 & 80an nya..YAM SENG..Satu aktiviti lampau Pak Jang...tangan gigil beb.. tapi tu dulu, skrg Pak Jang dah maju & akan menerima 'menantu' tak lama lagi (mana tau nih..). Mak Jang still young & maintain je...Pak Jak & Mak Jak plak, mmg patut menang Pakaian Sedondon..Sopan & Berhemah lagi...Jaga status sbg ADUN Tmn Sea Biew katanya...anyway Thanks to Pak Jak & Mak Jak, bagi kek lapis Sarawak..Sodap.....

THE 'KELAKO' CLUB

Posting kali ni adalah Majlis Aidilfitri 2009 The 'Kelako' Club yang berlangsung di Hotel Pelangi, Muo. Kelab ni telah ditubuhkan pada tahun 2004 & dah berusia 5 tahun (cuma blum register je lagi).

Dari kiri : En. Ezad, Ir. Mazid, Tasya, Cikgu Enon, Cikgu Faiz & Balkish (nampak kepala je)
(Yg tidak dapat di'interframe' : Radzi, Hylda, Naufal & Haddy)

Aidilfitri 2009

Salam kepada semua warga Mat2u. Maaflah jika dah lama tak meng'update' blog, maklumlah musim raya...Posting kali ni hanya sempat dirakamkan sekitar 1 & 2 Syawal....

Cikgu Enon @ Logo Maker Winner sedang meng'tapau' hidangan Hari Raya untuk dibawa berkunjung ke Parit Ulu.

Aktiviti wajib 1 Syawal, menziarah pusara Abah tercinta, Allahyarham Mazlan Mohamed. Dah 3 tahun kami beraya tanpa Abah. Al-Fatihah....

Di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 Hjh. Ramlah Hassan di Hotel Pelangi, Muo...

Maaf sekali lagi dari kami sekeluarga..kepada Pak Jak sekeluarga, terima kasih kerana dapat menunaikan impian Atok untuk beraya bersama. Pada Pak Al, tahniah kerana dapat juga 'publish' blog yang dah lama tersimpan kat kedai Ate..Tak lupa jugak pada semua warga kerja Mat2u Committee.....Salam.....

Maafkan Saya...

Salam pada semua sanak-saudara, pakcik2 & makcik2. Saya selaku tuan punya blog dan mewakili famili Maklong ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, kiranya kami ada melakukan kesilapan samada sedar @ tidak kepada semua sanak-saudara warga Mat Tuyu. Rasanya dah seminggu saya tak update blog ini, bukan apa, saya amattttt sibuk dengan bermacam tugasan. Selain tugasan sebagai kontraktor, saya dan isteri jugak (Cikgu Enon) sibuk menguruskan 3 rumah membuat persiapan Aidilfitri (rumah kami, rumah mak bakri & rumah mak pt. ulu). Biasalah kami ni menantu kesayangan untuk kedua2 belah ibubapa kami..hehe.. Disini juga saya mengucapkan jutaan yang teramat sangat kepada Atok (Hjh Ramlah Hassan) kerana menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 (1430H), di Hotel Pelangi, Muar. Majlis ini juga bakal menjadi sejarah kepada semua warga Mat Tuyu. Sekian sahaja untuk kali ini...wassalam..

SUMBANGAN IKHLAS

Assalammualaikum..wbt kepada semua warga Mat2u. Hari ni dah 19 Ramadhan bermakna Aidilfitri bakal menjelang tiba. Dikesempatan ini kami dari keluarga Ayah/Maklong mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin. Untuk pengetahuan semua warga Mat2u, baru2 ini Mak @ Maklong ada menerima sumbangan Aidilfitri dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor (dulu Jabatan Haiwan) kepada balu2 bekas anggota JPVJ. Dikesempatan ini juga, kami sekeluarga ingin merakam terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar khasnya dan JPVJ amnya diatas kesudian mengundang Mak @ Maklong ke majlis itu yang diadakan di Hotel Selesa, J.Bahru. Mak @ Maklong tak dapat menghadiri disebabkan Pajero JPVDM yang akan bawak Mak @ Maklong ke majlis itu rosak. Apabila dapat panggillan telefon dari JPVM menyatakan undangan majlis itu, kami anak-beranak terkenangkan kisah Abah @ Ayahlong yang mana Abah @ Ayahlong amat disenangi oleh rakan2 beliau, sehinggakan JPVJ memberi sumbangan Aidilfitri kepada Mak @ Maklong diatas jasa2 Abah @ Ayahlong kepda Jabatan agaknya. Abah @ Ayahlong sekolah pun tak tinggi (tapi English A Class), tapi berkat usaha, dia dapat hafal nama2 ubat binatang dan tahu dos @ sukatan ubat. Bukan senang tu..tapi Abah @ Ayahlong boleh buat. Kalau sekarang, untuk menjadi macam Abah @ Ayahlong mesti ada Deg./Dip.In Veterinar (UPM). Dah 2 tahun Abah @ Ayahlong meninggalkan kami anak-beranak. Terlalu banyak kenangan bersamamu... AL-FATIHAH UNTUK ABAH.....

Posting gambo sumbangan Aidilfitri 2009 JPVJ. Beras, gula, susu, Milo dll.

MAJLIS BERBUKA PUASA DI RUMAH Ir. MAZID & CIKGU ENON

Posting kali ni adalah majlis berbuka puasa di rumah Ir. Mazid & Cikgu Enon di Taman Sri Jeram, Muar. Majlis ini dianjurkan bagi melengkapkan giliran rumah majlis berbuka puasa. Rumah mak sudah, rumah along sudah, rumah ajib pun sudah dan yang belum menganjurkan lagi adalah rumah angah. Majlis ni berlangsung pada 4 Sept 2009 bersamaan dgn 14 Ramadhan 1430. Semua famili ayahlong ada kecuali angah, abg ngah & afiq.

Balik je dari sekolah, Cikgu Enon @ Chef terus memulakan aktiviti memasaknya. Kelihatan ikan siakap sedang diangkat dari kuali.

Mak datang membantu dari segi persiapan santapan untuk pencuci mulut, kali ni giliran puding menjadi hidangan. Mak memang suka buat puding & menjadi makanan kegemaran arwah abah.

Krew2 diimport khas dari Pontian, sebagai penyedia hidangan. Kelihatan 'small bro' tersenyum & menjadi tanda tanya sama ada puasa @ tak...

Antara hidangan santapan ; siakap masak 3 rasa, tomyam campur, sayur campur, perut lembu+udang masak lemak, sambal belacan & ikan pekasam. Air minuman teh 'o' laici ais. Pencuci mulut puding & dadih (diimport dari Pontian).

Masa berbuka sampai.....

'Small bro' tengah menikmati hidangan.

Cikgu Enon @ Chef sedang melayani kerenah perut yang keroncong. Darling, u masak memang best...sedap sangat...

Sekian saja posting kali ini. Kita tunggu pulak giliran rumah angah (bila la agaknya?)

    TUAN TANAH

    My photo
    Pemilik rasmi blog & wakil utama kepada keluarga Allahyarham Mazlan Mohamed & Manisah Sadikin, dan pemilik syarikat Warisan M&M Entp. Sekian..

    PENGUNJUNG SETIA

    LAWATAN YB.....